Tuesday, February 15, 2011

ikut cara Rasulullah S.A.W

Melihat perjalanan kehidupan Rasulullah S.A.W khususnya dalam menyebarkan dakwah Islam sememangnya mengkagumkan...Islam kini menjadi agama dan pegangan kita. Amat bertuah.
Sebelum Islam tersebar luas, Rasulullah terlebih dahulu menyampaikan Islam kepada mereka yang terdekat seperti ahli keluarga dan sahabat handainya. Dakwah Rasulullah berjaya kerana  dari awal lagi Rasulullah  telah meletakkan asas yang baik dengan mengukuhkan akidah kepada mereka yang terdekat.

Namun...jika saya menoleh kepada kehidupan realiti, keluarga terdekatlah yang agak sukar untuk dibimbing menghayati kehidupan Islami...

Sunday, January 30, 2011

kisah lucu, tangkap gambar...

Ini cerita minggu lepas...

Waktu tengah hari, saya round sorang2 area hentian kajang...saja nak melihat2 t-shirt untk anak2 dekat kedai pakaian. Di tepi kaki lima...terpandang saya seorang gadis sedang membelek2 rambutnya sambil tersenyum kepada talefon tangannya..."Ohh...ini mesti  nak shoot gambar sendiri..." Beberapa kali juga si gadis tersebut shoot gambarnya sendiri, mungkin kurang berpuas hati dengan gayanya sehingga tidak menyedari ada seseorang sedang memerhati perilakunya iaitu... "saya".

Setelah ke kedai pakaian, perut terasa lapar...saya mengidam nak makan sup, maka restoran Ani Sup utara yang berhampiran menjadi pilihan, kali ini pun makan sorang2...sedang enak menghirup sup, terpandang pula seorang mama bersama 2 anaknya...makanan baru sahaja sampai, mama tersebut agak tergesa2 mencari begnya, saya ingatkan beg duitnya tercicir ke atau ada apa2 barang berharga yang hilang. Rupanya mama tadi mengeluarkan telefon bimbit untuk shoot makanan yang terhidang di atas meja...
Situas ini semakin biasa saya lihat, saya hanya membuat andaian...mungkin mereka nak up date en3 kat blog atau untuk dimuatkan kat facebook...so perhati2kanlah, mungkin dengan melihat gelagat mereka membuat anda tersenyum.

Saturday, January 29, 2011




Oleh Dr Fauziah Mohd Noor

Teringat saya kepada satu kata-kata Allahyarham Prof Ahmad Ibrahim di antara pengasas Universiti Islam Antarabangsa (UIA).

Menurut beliau, jika seorang pensyarah itu tidak mempunyai Doktor Falsafah (Ph.D), bukan bermakna seseorang itu tidak boleh mengajar dengan baik.

Adakalanya seorang pensyarah tanpa Ph.D mempunyai mutu pengajaran yg lebih baik di dalam pengajaran berbanding dengan pensyarah yang mempunyai Ph.D.

Saya sesekali tidak pernah dan tidak akan menyanggah kata-kata tersebut. Bahkan saya bersetuju seratus peratus dan kalau saya diberi pilihan pada tahun 1997.

Persoalannya mahu buat Ph.D atau tidak? saya mungkin memilih tidak, kerana terlalu banyak yang perlu dikorbankan.

Sebagai contoh, suami terpaksa bercuti tanpa gaji selama 3 tahun dan anak sulung pula ketinggalan dalam pelajaran selama 3 tahun. (kerana polisi waktu itu mewajibkan Ph.D dari universiti di luar negara)

Tetapi untuk mereka yang memilih untuk menjadi pensyarah universiti terutamanya di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA), perkara ini menjadi satu kewajiban.

Tanpa Ph.D, mereka boleh diminta supaya berhenti atau memilih kerjaya lain. Oleh kerana itu setiap pensyarah universiti perlu menyambung pelajaran ke tahap Ph.D, walaupun ada diantara mereka yang berat hati untuk berbuat demikian.

Namun tidak dinafikan terdapat juga pensyarah yang memang bercita-cita menyambung pelajaran ke tahap doktor falsafah kerana mereka memang mempunyai minat untuk menyambung pelajaran dan cinta kepada pelajaran.

Bagaimanapun, jika hanya ingin mengejar sekeping kertas kerana inginkan gelaran 'doktor' pada pangkal nama hingga ada yang menipu dengan membeli gelaran tersebut, atau mengupah orang lain untuk membuat kajian dan menulis tesis, perjuangan itu tidak mempunyai makna.

Bagi saya, jika seseorang itu ingin menyambung pelajaran ke tahap yang lebih tinggi, biarlah niatnya ikhlas kerana mencari ilmu dan bukan kerana gelaran yang bakal diterima serta mengharapkan orang lain lebih hormat pada mereka.

Bagi saya, jika ada pihak yang berfikir dengan mempunyai gelaran doktor boleh memberikan kemewahan kepada mereka, saya rasa mereka telah tersimpang jauh dari matlamat sebenar.

Melalui pengalaman, saya pernah dijemput sebanyak tiga kali menjadi ahli panel di dalam perbincangan di dua buah stesyen televisyen (isu Aids, poligami dan mengenai Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) tetapi tidak pernah diberi sebarang hononarium kecuali secawan teh dan sekeping kuih.

Kenalan saya pernah berkata, "Rugilah macam tu, Fauziah. Habis tenaga, habis duit minyak dan habis masa."

Tetapi bagi saya itu adalah peluang saya berbakti kepada masyarakat.

Kalau bercakap tentang gaji, hakikatnya gaji mereka yang mempunyai Ph.D tidak setinggi mana dan atas dasar itu apabila penuntut-penuntut di universiti saya bertanya tentang gaji pensyarah yang memegang Ph.D, saya memberitahu mereka;

"kalau kamu nak buat duit dengan jadi pensyarah, lupakanlah. kalau kamu nak jadi kaya, pilihlah profesion lain yang lebih menjanjikan pulangan yang lumayan. Pensyarah hanya sesuai utk mereka yang cintakan ilmu dan suka belajar dan mengajar. Biarlah apa yang kita buat kerana Allah Ta'ala"

Semakin banyak yang kita pelajari akan semakin tahu berapa jahilnya kita dan berapa kerdilnya kita kerana banyak lagi ilmu yang kita tidak tahu.

Ph.D bukan untuk bermegah-megah dan bukan untuk mencari nama. Semoga Allah memberkati kita semua dalam apa jua yang kita lakukan. Maaf jika ada tutur kata yang menyinggung perasaan.

- MSTAR

Tuesday, January 25, 2011

tolong ingatkan...

Dipetik dari web Ustaz Zaharuddin :::

Semenjak empat bulan terlibat dalam menyampaikan mesej kebaikan, melarang kemungkaran melalui facebook. Disedari terdapat beberapa cara penggunaannya yang patut ditegah dan boleh jatuh perbuatan tersebut kepada haram, malah berganda-ganda haramnya. Perlakuan dan perbuatan melalui facebook yang boleh mengundang dosa terlalu banyak, namun di kesempatan ini, cukup saya senaraikan enam perkara, iaitu :-

1) Mendedah keaiban suami, isteri di facebook.
Terdapat beberapa kes yang dilihat sama ada secara langsung atau tidak langsung, pemilik facebook meluahkan perasaan sedih, kecewa, benci, marah terhadap pasangan di ruang status mereka. Mendesak suami atau isteri juga melalui status facebook. Kemudian, status tersebut mendapat komentar pelbagai dari rakan-rakan mereka. Sebagai contoh, ada yang secara terbuka mendesak suami membeli rumah, kereta, pinggan mangkuk, perabot, pakaian dan sebegainya melalui status mereka. Tertekanlah suami serba salah.

Sebagaimana yang disebut oleh ramai specialist di dalam bidang rumah tangga, kebanyakan wanita suka berkongsi dan meluahkan perasaan mereka kepada orang lain sebagai pelepas kepada beban yang ditanggung. Adakalanya ia mungkin bukan bertujuan untuk menjatuhkan suaminya, bukan pula untuk tujuan membuka aib suami atau untuk mencari penyelesaian. Pendedahan itu hanya sebagai pelepas tekanan di dalam diri.

Namun, tanpa disedari perbuatan tersebut tergolong dalam mengumpat yang diharamkan oleh Islam. Semua perlu memahami bahawa mereka tidak boleh sewenangnya bercerita perihal rumahtangga atau pasangan mereka secara terbuka sama ada melalui facebook atau kepada rakan di pejabat dan sebagainya. Sebarang masalah yang sudah tidak dapat diselesaikan olehnya, hanya dibenarkan untuk diluahkan kepada seseorang yang diyakini punyai autoriti seperti ibubapa, mertua dan adik beradik yang diyakini boleh berperanan membantu, bukan berpotensi mengeruhkan lagi keadaan. Boleh juga dikongsikan secara tertutup kepada pihak ketiga seperti Qadhi, Mufti, para ilmuan sama ada Ustaz, Ustazah atau Kaunselor Rumahtangga.

Pendedahan masalah dan info yang boleh mengaibkan suami (dan isteri) TIDAK DIBENARKAN sama sekali disebarkan melalui facebook. Apabila ia dilakukan, ia dengan mudah sekali boleh mengundang dosa.Terdapat sebahagiannya info tidak secara langsung mengaibkan pasangan, tetapi selaku pembaca, kita dapat ‘membaca' dan mengetahui secara tersirat bahawa si pemilik sedang ‘perang dingin' dengan pasangannya. Ada juga yang difahami, suaminya sedang gagal memenuhi apa yang diingininya, bersifat kurang baik kepadanya dan sebagainya. Ingatlah semua, rumahtangga adalah amanah, jangan meruntuhkannya melalui facebook.

Beramanahlah, berikan suami dan isteri anda password facebook anda, agar mereka sentiasa boleh meneliti mesej-mesej yang dihantar kepada anda. Boleh juga pasangan berperanan selaku penyemak dan memadam (delete) mana yang perlu jika dimasukkan secara emosi tanpa pertimbangan aqal yang wajar.

2) Terlebih gambar
Ramai di kalangan wanita hari ini sudah mempunyai facebook, mungkin sudah menjadi lumrah wanita yang biasanya inginkan kecantikan dan pujian terhadap kecantikannya. Oleh itu, semakin ramai wanita yang memuatkan gambar mereka, sama ada jarak dekat, sangat dekat ( sehingga memenuhi kotak gambar) dan jauh (beramai-ramai atau seorang diri). Ditambah pula lagi dengan gaya, aksi dan fesyen yang pelbagai.

Agak pelik juga kerana sebahagian mereka sudah bersuami dan kelihatan suami mereka memberikan sepenuh keredhaan atas tayangan gambar sedemikian kepada khalayak, tanpa sebarang rasa cemburu dan prihatin. Lebih merbahayakan, ramai pula lelaki yang menontonnya, sebahagiannya memberikan pujian, malah ada yang berani bergurau senda, dan membuat ‘lamaran' nafsu.

Lebih pelik, tuan punya facebook yang sepatutnya mampu mengawal dan memadam sebarang komen kurang etika, kelihatan membiarkan sahaja lamaran nafsu (seperti ajakan berdating, kahwin-padahal telah bersuami) tersebut di ruangan komentar gambarnya, tanpa rasa bersalah.

Berterusan bercanda mereka melalui ruang komentar, si lelaki dan wanita ada juga yang telah beristeri dan bersuami, cuma atas tiket kawan lama, sepejabat dan sebagainya, hal tersebut dibiarkan. Malah jika kedua-duanya masih bujang sekalipun, ia tetap BERDOSA dan SALAH di sisi Islam kerana ia termasuk dalam kategori larangan Allah ‘janganlah kamu menghampiri zina'.

Saya bimbang, ramai pula lelaki yang menjadi dayus dek kerana gambar isteri terdedah aurat ( atau menutup aurat kurang sempurna) ditayang sehabisnya di facebook. Baca perihal ciri lelaki dayus di sini.

3) Penyamaran
Lelaki menyamar sebagai wanita untuk menjadi friend dan seterusnya mendapat maklumat wanita. Ada dilaporkan juga, sebahagian lelaki berang kerana tidak diluluskan menjadi ‘friend' seseorang wanita. Akibatnya, si lelaki tidak mendapat kemudahan akses kepada gambar-gambar wanita tersebut. Bagi membolehkannya mendapat akses, terdapat lelaki yang mula menyamar menjadi wanita, meletakkan gambar mana-mana wanita yang boleh dijumpai secara mudah tertebaran di interent, diletakkan sebagai dirinya. Melalui cara itu, lelaki ini berjaya menjadi friend dan menonton seluruh gambar wanita terbabit dan berbuat apa yang disukainya dengan gambar itu.

Si wanita yang pada asalnya merasa selamat kerana merasakan dirinya telah menapis sebaiknya, rupanya masih terdedah gambarnya kepada yang orang yang tidak sepatutnya. Kerana itu, walau anda hanya membenarkanfriend untuk menatapi gambar anda, pastikan semua gambar tersebut masih terhad dan terjaga.

4) Download gambar untuk simpanan dan tatapan.

Dimaklumkan juga, akibat dek kerana gambar wanita yang terlalu ‘bersepah' difacebook, terdapat lelaki berhati buas yang memuat turun gambar tersebut dan disimpan sebagai koleksi peribadinya. Justeru, sedarlah, mana-mana wanita yang dikurniakan Allah punyai ‘rupa' yang menurut pandangan ramai sebagai elok dan menawan. Golongan sebegini amat perlu sekali lebih berwaspada lebih daripada mereka yang lain.

Malangnya, golongan sebegini kelihatan lebih ghairah menjaja gambar mereka untuk mendapat lebih banyak pujian dan ...'DOSA'. Simpan sahajalah gambar-gambar 'kiut' (cute) anda, cukuplah ia buat tatapan suami. Cukuplah pujian rakan sekeliling yang benar-benar mengenali anda. Tidak perlulah tamakkan pujian manusia luar.

Tunggu sahajalah pujian para malaikat dan bidadari di Syurga nanti, terlampau tidak sabarkah wahai diri? Sedarilah, ke'kiut'an anda mungkin menjadikan sebuah rumahtangga hancur, kecemburuan wanita lain, kerana boleh wujud gejala suami yang membanding-bandingkan wajah dan tubuh anda dengan isterinya. Jika itu berlaku, pemilik gambar mendapat saham dosa.

5) Tagging gambar tanpa izin dan gambar silam yang membuka aurat.

Tagging atau menandakan sesuatu gambar yang disiar merupakan satu fungsi mudah untuk menyebarluaskan gambar seseorang termasuk diri sendiri kepada kenalan dan rakan. Malangnya fungsi ini menjadi sumber dosa yang banyak juga dewasa ini. Isu ini juga pernah ditulis oleh beberapa penulis lain seperti Ust Abu Umair dan Sdr Shahmuzir. Saya ingin menegaskan lagi tulisan mereka.

Ini adalah kerana, terdapat ‘trend' menyebarkan gambar-gambar lama, dan kemudian meletakkan tagging kepada individu di dalam gambar. Perlu disedari, setiap gambar yang di'tag', akan muncul dan boleh dilihat oleh semuafriend, dan rakan kepada friend tersebut juga boleh menontonnya.

Ini boleh menjadi dosa, kerana :-

i- Sebahagian individu di dalam gambar terbabit mungkin dahulu tidak menutup aurat, tetapi kini telah menutup aurat. Justeru penyebaran gambarnya yang tidak menutup aurat adalah haram.

ii- Individu terbabit berada di dalam rumah, bersama keluarga, justeru penutupan auratnya tidak begitu sempurna kerana di dalam rumah sendiri atau di dalam keadaan ‘candid', tetapi akibat ketidakperihatinan sebahagian ahli keluarga terhadap hal aurat. Gambarnya yang sedemikian tersebar. Sepatutnya, kita yang di'tanda' boleh dengan segera delete 'tag' itu, hasilnya walau gambar masih tersiar tetapi ia tidak mempunyai sebarang pengenalan. Itu paling kurang boleh dilakukan oleh individu yang prihatin dan berawas-awas. Namun malangnya, sebahagian pemilik facebook tidak sedar mereka boleh ‘untagged' nama mereka. Malah kalau mereka boleh untagged sekalipun, penyebaran gambar sedemikian tetap salah dan berDOSA di dalam Islam.

iii- Gambar mengaibkan orang lain. Gambar yang disiarkan itu, walaupun menutup aurat, tetapi dalam situasi mengaibkan. Mungkin ia tidak mengaibkan individu yang menyiarkannya kerana dia dalam keadaan baik dan bagus. Namun rakannya berada dalam situasi mengaibkan, tambahan pula dia kini merupakan ‘seseorang' yang terhormat, punyai kedudukan baik di mata masyarakat,. Apabila gambar sedemikian disiarkan, ia mencemar nama baiknya. Penyiaran sebegitu sama seperti mengutuknya secara langsung di khalayak ramai, sama ada sengaja atau tidak, semua perlu sedar..anda mungkin bebas menyiarkan gambar anda, namun gambar orang lain. Keizinan perlu diperolehi terlebih dahulu sebelum siaran dibuat.

6. Mengutuk diri sendiri & kebaikan
Adakalanya terdapat juga wanita-wanita berpenampilan cukup solehah, berpakaian extra caution dalam bab aurat sewaktu zaman universiti atau sekolahnya. Namun sesudah masuk ke alam pekerjaan dan perkahwinan, imejnya berubah begitu drastik dengan make up cukup jelas menghiasi wajah, baju bekerlipan warnanya, yang tebal dahulu sudah jadi nipis, adakalanya tidak sempurna dan macam-macam lagi. Alasannya? Seribu satu macam. Suami pula mungkin bukan dari jenis yang cermat untuk menegur dan menasihat.

Yang menyedihkan, apabila tersiar gambar lamanya yang berpakaian extra caution lagi sopan di facebook, disiarkan oleh rakan-rkana lama. Tuan punya tubuh, kelihatan tanpa malu dan segan mengutuk dirinya sendiri sama ada secara langsung atau tidak langsung. Lahirlah kata-kata, ‘zaman aku ekstrem', ‘zaman solehah', ‘waktu innocent', zaman-zaman suci', 'itu zaman kuno dulu', 'itu masa duduk bawah tempurung' dan lain-lain frasa yang sepertinya.

Tanpa disedarinya, ia mendedahkan keaiban dirinya sendiri, apabila berkata zaman solehah, bermakna kini adakah dia mengaku tidak lagi solehah?, kini tidak suci?. dan lain-lain. Ia juga sekaligus seolah mengutuk pemakaian sopan dirinya dahulu. Ingatlah wahai diri, jika tidak mampu istiqamah atas pakaian dan penampilan dahulu, janganlah sampai mengutuknya. Kerana ia sama seperti mengutuk pakaian yang sopan lagi baik, seolah mendahulukan yang kurang baik.

KESIMPULAN
Itulah facebook, ia boleh menjadi sumber pahala, jika diguna dengan betul, boleh menjadi pemudah azab jika digunakan tanpa ilmu dan limitasi. Berhati-hatilah dan berpada-padalah pemilik facebook.Niat untuk mendekatkan ukhuwwah antara rakan lama, sekolah dan sebagainya tidak sama sekali boleh menghalalkan sembangan mesra, gurauan senda di antara suami dan isteri orang, antara lelaki dan wanita yang bukan mahram. Ia hanya akan membawa kepada kemudaratan dan keruntuhan rumahtangga. Janganlah lagi mempermainkan nama 'ukhuwah' untuk berbuat dosa.

Ukhuwwah itu hanya terhad sesuatu yang membawa kepada ingatan kepada Allah, mengajak kebaikan dan menjauh kemungkaran. Lihatlah surah al-Hujurat dan fahamkan kalam Allah sebaiknya akan erti ukhuwwah di kalangan mukmin.Sekian.

Wednesday, January 19, 2011

Hijrah tahun ini...

Walaupun Maal Hijrah dan tahun baru Masehi dah berlalu...tapi saya baru sempat untuk mencatatkan sesuatu berkaitan hijrah ni...Sebenarnya, hati senang...al-maklum petang tadi 3rd supervisior call...tanya khabar. Emm...baik sungguh, supervisior call student.  Alhamdulillah saya menemui pensyarah2 yg tidak pernah membina jurang antara pelajar dengan pensyarah...yang penting sekali, amat2 memahami pelajar yang dah berkeluarga ni..komitmen banyak...

Berbalik kepada hijrah...

Setelah berpuluh2 tahun hidup, ada sesuatu yang dianggap perkara kecil dan sering tak terpandang untuk membuat perubahan ialah berkaitan kain telekung @ kain sembahyang @ kain kanoo @ makana. Saya mula insaf dan sedar berkaitan hal ini apabila saya ada mengunjungi 2 buah rumah.

Rumah A dan rumah B. A adalah seorang yang agak tinggi pendidikan agamanya. Saya berkesempatan mencium bau kain telekungnya kerana tumpang sembahyang di rumahnya.  Ya Allah... boleh tahan bau masamnya iras2 bau kain sembahyang dekat stesen minyak. Saya juga pernah tumpang sembahyang di rumah B. B kurang tinggi pendidikan agamanya tapi alhamdulillah kain telekung saya pakai amat cantik, bersih dan sempurna.

Keadaan ini membuatkan saya terfikir sejenak tentang telekung solat saya. Apabila saya sampai ke rumah, saya terus meluru mendapatkan telekung di bilik solat. Ternyata kualiti telekung saya berada dipertengahan antara telekung A dan B. Faham2lah...

Akhirnya, saya melakukan perubahan...saya mula pastikan telekung saya sempurna tatkala mengadapNYA. Saya tambahkan kuantiti dan kualitinya. Sebelum ini, saya hanya memiliki tiga pasang kain telekung, tapi ketiga2nya saya guna, satu dekat bilik bawah, satu di bilik atas dan satu lagi saya letak dalam kereta saya...sebab itu jika tetamu datang agak kelam kabut, cari telekung terwangi untuk tetamu...

Sekarang saya masih kekalkan ketiga2 telekung tadi dan saya tambah 4 pasang telekung lagi. Satu saya letak dalam kereta suami dan 3 pasang telekung lagi saya sediakan khusus kepada tetamu dan saya juga akan membasuh telekung yang saya pakai dalam seminggu sekali...agak kerap berbanding dulu. Ternyata hal ini amat menyelesakan...

Makan di mana?

Makan di mana...tajuknya, tapi bukan kisah nak cari kedai makan yang best2 dengan harga yang berbaloi tattkala perut lapaaar...makan di mana? makan kat rumah adalah terbaik...

Saya sebenarnya spesis manusia yang malas ke kedai, pasar malam dan sebagainya...tetapi kekadang tu ada juga terbabas ke kedai makan dek kerana keletihan, kemalasan dan kesibukan. Adalah satu kedai makan dkt2 rumah ni...kedai ore kelate, adalah tersangkut dengan selera masakannya ada laksam, nasi kerabu, nasi belauk, lompat tikam dsb.Tapi nak kata super sangat taklah rasanya...ok2 jer dari makan nasi lemak panas perut...

Namun...ada kisah tersembunyi. Hampir 4-5 kali jugak saya ke kedai tersebut, bila teringat nak makan menu Kelantan tapi asyik2 tutup jer...hati agak kompiuslah jugak sebab kedai tu pun agak baru di buka, sambutan pun nampak okey. Hati tertanya2 tak laku ke? tak sedap ke? lokasi tak strategik ke? tuan dia ada problem kewangan ke? dan pelbagai "ke" berlegar2...frustlah takkan nak cari makanan Kelate jauh2...

Tup2 suatu hari, hati ni saja2 nak pusing2 deretan kedai kawasan tersebut...tiada niat langsung nak beli laksam ke apa2, tengok kedai tu buka dengan meriahnya..."Ohh,buka pula kedai ni..."bisik hati.
Saya terus ke kedai makan tersebut, tanya tuan kedai "baru buka pulak ke? lama tutup...balik kg ke" saya bertanya dengan ramah tamahnya. Tercenggang betul tuan kedai yang comel lote tu..."Tak tutup pun kedai, dari mula operasi sampai sekarang tak cuti2 lagi..." "Hah!"terkejut saya.

Saya cuba jelaskan apa yang saya nampak kedai ni asyik tutup jer setiap kali datang. Tuan kedai senyum sambil bercerita kepada saya bahawa dah hampir 6 orang melaporkan benda yang sama padanya setiap kali datang. Emm...ada yang tak kena lah tu...

Sejak hari tu, saya tak pergi kedai tu, takut ada apa2 yang kita tak nampak tapi "ada"...

Kesimpulannya...makanan kat mana yang terbaik? makanan yang di masak sendiri di rumah, bersih dan bebas dari unsur2 yang tidak diingini...nantikan tak pasal2 balik kedai makan ada followers. Jadi kurang2kan makan di kedai wahai kawan2...