"Ajar sendiri ke anak mengaji?" Ini antara persoalan teman2 yang mengeluh anak2 mereka tidak mahu mengaji al-Quran dengan mereka. Mereka memohon tips daripada saya...
Di sini, saya titipkan tips buat teman2 untuk mengajar anak mengaji, mengajar mengaji anak sendiri, banyak kelebihannya...tak payah membazir wang, tenaga dan waktu. Jika antara usia bayi- 2tahun kita semua beriltizam untuk menyusui mereka, apasalahnya kita beriltizam untuk mencurah bakti mengajar mereka mengaji al-Quran sendiri. Kerana setiap jasa dan bakti kita curahkan ini akan dikenang oleh anak2 suatu ketika nanti...
Di sini, saya titipkan tips buat teman2 untuk mengajar anak mengaji, mengajar mengaji anak sendiri, banyak kelebihannya...tak payah membazir wang, tenaga dan waktu. Jika antara usia bayi- 2tahun kita semua beriltizam untuk menyusui mereka, apasalahnya kita beriltizam untuk mencurah bakti mengajar mereka mengaji al-Quran sendiri. Kerana setiap jasa dan bakti kita curahkan ini akan dikenang oleh anak2 suatu ketika nanti...
1. Pendedahan terhadap suasana mengaji al-Quran selepas maghrib semenjak mereka kecil yakni semenjak lahirlah...siapa nak mengaji tu? kitalah sebagai ibu bapa...Bukankah model terbaik anak2 adalah ibu bapa?
2. Carilah anak2 jiran sebagai teman untuk mereka mengaji al-Quran bersama2 agar aktiviti ini lebih seronok. Jangan terlalu ramai jika anda seorang yang bz...sekadar menghidupkan masjid yang kita bina ini.Ikut kemampuan.
3. Carilah buku kaedah membaca al-Quran yang sesuai dengan kehendak dan penerimaan anak2. Jika anda bijak, cipta sendiri kaedah untuk anak2 anda...kerana anda lebih mengetahui kelebihan dan kelemahan anak2 anda. Saya membuat kad imbas, kerana anak saya minat belajar dengan menggunakan kad imbas.
4. Balut muqaddam ataupun buku iqra' anak2 dengan pembalut buku yang menarik.Beli penanda buku yang menarik dan sebagainya.
5. Istiqamah. Ini amat penting...sebab saya pun hampir putus asa mengajar anak2...maklumlah kerja fulltime mereka bermain. Namun saya cuba sedaya upaya agar title ibu yang saya galas ini memberi makna buat anak2.
6. Kerjasama. Perlunya kerjasama antara suami isteri untuk ajar anak2 mengaji. Jangan biarkan sehari berlalu tanpa mengajar mereka mengaji al-Quran.
Itu antara tips yang dapat dicacatkan...kesimpulan: asasnya sama sahaja berusaha+tawakkal+doa.
Persoalan: Ada pasangan suami atau isteri yang tidak tahu mengaji bagaimana nak ajar anak?
Jika sudah memiliki anak hantarlah kepada orang yang boleh mengajar mengaji al-Quran tetapi dalam masa yang sama ibu bapa juga kenalah belajar mengaji al-Quran...nanti anak2 yang bakal lahir tu dapat diajar sendiri. Lagipun ibu bapa yang boleh mengajar mengaji al-Quran secara tidak langsung memudahkan ustaz/ustazah yang mengajar kerana sudah diajar dirumah oleh ibu bapa...Jika langsung tidak diajar, memanglah teramat payah...sampai usia tua pun tak mampu membaca al-Quran dengan baik.
Jika belum memiliki anak, cepat2lah belajar mengaji...
Melihat pada suasana sekarang... ramai yang celik IT tetapi betapa ramainya yang buta al-Quran.

Pn, blh jelaskan lebih lanjut - "Saya membuat kad imbas, kerana anak saya minat belajar dengan menggunakan kad imbas.".. bgmna pelaksanaan dan hasilnya. Idea pembelajaran Al-Quran guna kad imbas ni baru pertama kali saya dgar (baca). tq
ReplyDeletep/s: saya celik IT dan celik Al-Quran, alhamdulillah :)
'lelucon
Terima kasih lelucon...ada masa nanti saya akan cuba buat entry berkaitan kad imbas dalam pembelajaran al-Quran.InsyAllah.
ReplyDelete