
Hamka berpendapat bahawa akhlak merupakan alat dakwah yang sangat utama kerana budi yang nyata dapat dilihat orang, bukan pada pidato, bukan pada tulisan, melainkan pada budi pekerti yang luhur. Manakala cUlwan dalam bukunya “Akhlaqiyyah al-daciyah telah menyatakan bahawa seorang pendakwah yang telah menghiasi dirinya dengan kemuliaan akhlak dan menjauhkan diri daripada akhlak yang buruk dan tercela maka kesannya pada membawa perubahan yang sangat besar dan kedinamikannya pada mata masyarakat adalah sangat luar biasa.
0 comments:
Post a Comment