Dua tahun lepas ketika anak sulung berumur 3 tahun dan yang kedua 2 tahun...saya bertekad untuk mula mengajar al-Quran kepada mereka secara serius...terkadang pd waktu itu terfikir masih terlalu awal untuk mendisiplinkan mereka dengan keadaan ini...tetapi saya yakin lagi awal lagi bagus...
![]() |
| Sumber google |
Kerana itu...saya mencuba menggunakan kad imbas atau flash card untuk menarik perhatian anak saya ...ternyata mereka menunjukkan minat dan saya melipat gandakan usaha mengajar anak2 dengan menggunakan kad imbas. Dalam tempoh 2 bulan mereka mula mengenali dengan baik huruf2 jawi dan al-Quran. Alhamdulillah...apabila mereka mula mengenali huruf2 jawi dan al-Quran ini memudahkan saya mengajar menggunakan kaedah Qiraati, kaedah Iqra' dan Muqaddam tulisan Abdullah Basmih. Mereka juga semakin seronok dengan pencapaian mereka...
Ada ibu bapa memilih salah satu sahaja kaedah tetapi saya menggunakan ketiga2 kaedah tersebut secara bergilir2 agar anak saya tidak cepat bosan.
Berbalik pula kepada kaedah kad imbas...
1.Pada peringkat awal saya perkenalkan huruf Alif hingga Ya ditulis pada kertas manila. Di kedai pun banyak yang dijual...cantik2.Tetapi demi memperlihatkan kesungguhan saya untuk mengajar mereka, saya buat sendiri...
2.Apabila mereka mula mengenali huruf2 asas dalam pengajian al-Quran, perkenalkan baris2 utama dan ulangkan pembacaan huruf2 yang berbaris tersebut...begitulah seterusnya.
Teknik Permainan kad Imbas
1. Buat imbasan secara cepat di depan mereka.
2. Sorokkan kad dari belakang, kemudian keluarkan dan tanyakan kepada mereka.
3. Sediakan kotak kemudian letakkan kad imbas. Biar mereka meneka atau biar mereka buat pilihan kotak, kemudian tanyakan kpd mereka huruf tersebut.
Kaedah ini juga boleh digunakan untuk memperkenalkan ABC...123...dan perkataan2 baru, warna, bentuk dsb.

takde konsep 'terlalu awal' utk belajr. Cuma kaedah 'belajar' tu yg kena sesuai dgn usia.
ReplyDeletemmg menarik.
Saya dapati ada 2 ciri pendekatan yg menarik dlm aktiviti puan:
-mempelbagaikan cara
-kesungguhan
Wajar dijadikan contoh untuk ibu-ibu dan suri rumah. Banyakkan bereksperimen. Sampel eksperimen pun percuma (anak-anak) :)
Memang betul lelucon...terima kasih atas analisis.
ReplyDeleteAda perkongsian daripada lelucon?
Konsep "terlalu awal "...banyak pandangan sebenarnya. Sayapun rasa tiada istilah "terlalu awal" untuk mengajar sesuatu yang membina. Tetapi ada yg kata:
"Awal lagi nak suruh anak2 tutup aurat...taulah mereka besar nanti apa nak buat"
"Awal sangat ajar mengaji al-Quran, nanti sekolah cepat bosan"
Emm...ikhlas saya katakan saya kurang selesa dengan ayat2 seperti itu.
qaulani
kongsi? saya cenderung pd pendapat 'mengajar pd awal usia tu bagus' (sama la kita). Pd saya pendedahan awal ni mematangkan fikiran. Cuma pendekatan dan bahan yg diajar kna sesuai dgn peringkat umur anak (tak keterlaluan). Kalau sebat anak yg 2 tahun sbb tak pakai tudung tu mmg la tak patut. Tapi setakat ajar anak tu pakai tudung takde masalah.
ReplyDeleteAda terdgr juga yg kata ajar banyak2 ni nanti budak cepat bosan bila masuk sekolah. Saya fikir nak guna pendekatan 'ajar awal' mcm ni, kena ajar juga berinisiatif. Maknanya kalau mereka ada daya inisiatif, bila bosan (cikgu ajar info yg mereka dah tahu), mereka akan cuba cipta benda yg mereka suka. Galakkan anak mencuba sesuatu yg baharu (yg baik le). Masalahnya keinginan 'berinisiatif' ini jarang dibentuk dlm minda kanak2. Jd rasa minat cpat hilang sbb tak tahu nak buat apa.
cuma, saya fikir melibatkan anak2 dlm aktiviti orang dewasa juga blh membantu. Misalnya ibu masak kuih, suruh anak uli tepung. Ayah dok repair apa2, suruh anak join skali. Bukan shj dpt galakkan anak mesra dgn ibubapa, tp tambah pengetahuan dan minat.
wallahua'alam. skdr pandangan. Yg penting kita usaha, Allah yg tentukan kesudahannya.
apapun saya fikir pendekatan yg puan guna ni banyak manfaatnya.