Walaupun Maal Hijrah dan tahun baru Masehi dah berlalu...tapi saya baru sempat untuk mencatatkan sesuatu berkaitan hijrah ni...Sebenarnya, hati senang...al-maklum petang tadi 3rd supervisior call...tanya khabar. Emm...baik sungguh, supervisior call student. Alhamdulillah saya menemui pensyarah2 yg tidak pernah membina jurang antara pelajar dengan pensyarah...yang penting sekali, amat2 memahami pelajar yang dah berkeluarga ni..komitmen banyak...
Berbalik kepada hijrah...
Setelah berpuluh2 tahun hidup, ada sesuatu yang dianggap perkara kecil dan sering tak terpandang untuk membuat perubahan ialah berkaitan kain telekung @ kain sembahyang @ kain kanoo @ makana. Saya mula insaf dan sedar berkaitan hal ini apabila saya ada mengunjungi 2 buah rumah.
Rumah A dan rumah B. A adalah seorang yang agak tinggi pendidikan agamanya. Saya berkesempatan mencium bau kain telekungnya kerana tumpang sembahyang di rumahnya. Ya Allah... boleh tahan bau masamnya iras2 bau kain sembahyang dekat stesen minyak. Saya juga pernah tumpang sembahyang di rumah B. B kurang tinggi pendidikan agamanya tapi alhamdulillah kain telekung saya pakai amat cantik, bersih dan sempurna.
Keadaan ini membuatkan saya terfikir sejenak tentang telekung solat saya. Apabila saya sampai ke rumah, saya terus meluru mendapatkan telekung di bilik solat. Ternyata kualiti telekung saya berada dipertengahan antara telekung A dan B. Faham2lah...
Akhirnya, saya melakukan perubahan...saya mula pastikan telekung saya sempurna tatkala mengadapNYA. Saya tambahkan kuantiti dan kualitinya. Sebelum ini, saya hanya memiliki tiga pasang kain telekung, tapi ketiga2nya saya guna, satu dekat bilik bawah, satu di bilik atas dan satu lagi saya letak dalam kereta saya...sebab itu jika tetamu datang agak kelam kabut, cari telekung terwangi untuk tetamu...
Sekarang saya masih kekalkan ketiga2 telekung tadi dan saya tambah 4 pasang telekung lagi. Satu saya letak dalam kereta suami dan 3 pasang telekung lagi saya sediakan khusus kepada tetamu dan saya juga akan membasuh telekung yang saya pakai dalam seminggu sekali...agak kerap berbanding dulu. Ternyata hal ini amat menyelesakan...

0 comments:
Post a Comment