Tuesday, January 4, 2011

Pandai, pintar dan bijak...

Sebenarnya sesuatu yang sukar untuk kita menilai tahap kualiti seseorang...pandai, pintar dan bijak adalah sesuatu yang berkait rapat tetapi amat-amat berbeza.

Tahap maksimum kualiti diri seseorang bagi saya adalah "bijak". Pandai ialah kebolehan dan kemahiran yang mampu dibuat berasaskan kekerapan seseorang itu melakukan sesuatu. Maknanya banyak berusaha maka jadilah pandai. Pintar pula hampir-hampir menyamai bijak, tetapi pintar terhadap sesuatu yang agak terhad, contohnya pintar matematik, pintar muzik dan sebagainya. Tetapi "bijak" ia merangkumi semua kebolehan berbentuk fizikal, mental dan kerohanian. Bijak dengan erti kata lain ialah insan yang seimbang dan harmonis, mampu menilai sesuatu dengan penuh teliti sama  ada sesuatu yang dilakukan berada dalam landasan yang betul atau salah.

Banyak fanomena yang berlaku di sekeliling kita sekarang ini seperti gejala buang bayi, gejala hedonisme, gejala gay, gejala perceraian dan sebagainya adalah akibat kegagalan untuk berfikir secara "bijak". Kegagalan berfikir secara bijak bukan sahaja berlaku di kalangan golongan remaja malah golongan dewasa dan warga tua.

Bayangkan...bagaimana gejala tidak sihat dapat menular...cukup sekadar saya perhatikan dalam ruang lingkup kotak kehidupan saya...di kiri dan di kanan...ada ibu bapa langsung memandang ringan soal solat. Malah ada yang tidak merasakan solat itu kewajipan. Jika banyak masa maka solat, jika sibuk sedikit lupalah solat atau buat2 lupa, jika yang perempuan sering dalam keuzuran walaupun satu bulan sehingga menjangkau satu tahun keuzuran berlaku. Budaya membaca al-Quran amat jauh sekali malah budaya berkaroake digantikan setiap masa...







0 comments:

Post a Comment